4/01/2010

Ujian atau hukuman?

Salam untuk semua..
Kelmarin, bagaikan petir di tengah hari.. ada berita yang menggemparkan. Seorang kenalan yang juga seorang pemimpin masyarakat ditangkap berkhalwat dalam hotel pada jam 1.30 pagi. Heboh seluruh daerah merebak ke sempadan dan meletus cerita yang mengaibkan. Berbagai versi cerita sensasi dan sengaja disensasikan timbul. Ada yang berpura-pura bertanya, kononnya mahu mendengar cerita, tetapi akhirnya dia pula yang bercerita lebih dari yang ditanya. Setiap lapisan masyarakat sama ada rakan ataupun seteru dengan gahirah membawa cerita dan berasa diri menjadi tokoh apabila berjaya memalukan orang lain. Setiap yang mendengar pun tidak sekadar menggunakan telingga semata-mata, tetapi turut bermain lidah memanjangkan yang pendek, memburukkan yang hodoh dan membusukkan yang hapak. Semuanya tersenyum senis dan senang dengan musibah yang menimpa kenalan sendiri..
Jauh di sudut hati ini berbisik sendiri.. inikah ujian atau hukuman?.. andainya ini ujian, bersyukurlah wahai sahabat. setidak-tidaknya ujian ini menyebabkan engkau tidak terus dibuai maksiat. setidak-tidaknya peringatan ini adalah petanda Allah masih sayangkan dirimu dan tidak mahu kau terus hanyut. Jadikanlah peristiwa ini satu titik mula untuk kau memulakan langkah baru.
Jika ini adalah hukuman.. bersyukurlah.. setidak-tidaknya peristiwa ini mematikan langkah sumbang mu itu. setidak-tidaknya ia mampu mengurangkan saham kederhakaan hamba kepada Sang Pencipta dan alam seluruhnya.
Kepada sahabat yang lain.. ingatlah .. hari ini kita dipandang mulia di sisi masyarakat semata-mata kerana Allah melingungi keaiban kita.. maka bersyukurlah..
bayangkanlah jika hari ini kita diuji dengan situasi yang serupa, mampukah kita menolaknya? dan mampukah kita menyembunyikan muka yang semakin tanpa rupa ini?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar