6/03/2015

KOLEKSI SOALAN TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6, UPSR, TINGKATAN 1, TINGKATAN 2, TINGKATAN 3, PT3, TINGKATAN 4, TINGKATAN 5, SPM

Assalamualaikum. Mungkin ada manafaatnya. Koleksi set soalan percubaan. Semoga dapat membantu anak-anak kita semua. Copy and paste drp group sebelah.

Dari tahun 1 hingga tingkatan 5.

PERCUBAAN Matematik TINGKATAN 5
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-SPM-kedah-2013
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-SPM-MRSM-2012
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-SPM-Ganu-2012
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-SPM-SBP-2012
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-SPM-Perak-2012
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-SPM-N9-2012
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-SPM-Melak-2012
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-SPM-Johor-2012

PERCUBAAN Matematik Tambahan TINGKATAN 5
+ http://tinyurl.com/Trial-AddMathsSPM-Kedah2009
+ http://tinyurl.com/Trial-AddMathsSPM-Kelantan2009
+ http://tinyurl.com/Trial-AddMathsSPM-Melaka2009
+ http://tinyurl.com/Trial-AddMathsSPM-N92009
+ http://tinyurl.com/Trial-AddMathsSPM-Sabah2009
+ http://tinyurl.com/Trial-AddMathsSPM-Sarawak2009
+ http://tinyurl.com/Trial-AddMathsSPM-Selangor2009

PERCUBAAN Semua Matapelajaran SPM
+ http://tinyurl.com/percubaan-SPM-TIMES-2008
+ http://tinyurl.com/percubaan-SPM-TIMES-2009
+ http://tinyurl.com/percubaan-SPM-TIMES-2010


PERCUBAAN Matematik TINGKATAN 4
+ http://tinyurl.com/maths-F4-Terengganu-2014
+ http://tinyurl.com/addmaths-F4-Terengganu-2014

PERCUBAAN Matematik TINGKATAN 3 (PT3)
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-PT3-N9-2014
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-PT3-Kedah-2014
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-PT3-Johor-2014
+ http://tinyurl.com/maths-PT3-Bukit-Rotan-2014

SUBJEK LAIN
+ http://tinyurl.com/BKC-P-Islam-PT3-Terenganu-2014
+ http://tinyurl.com/BKC-Sains-PT3-Terenganu-2014
+ http://tinyurl.com/B-Inggeris-PT3-P-Pinang-2014
+ http://tinyurl.com/B-Malaysia-PT3-MRSM-2014

PERCUBAAN Matematik TINGKATAN 2
+ http://tinyurl.com/Ramalan-Edisi-Bronze-F2-2012
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-perak-F2-2010
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-perak-F2-2011
+ http://tinyurl.com/Nota-Ringkas-Sains-Form-2

PERCUBAAN Matematik TINGKATAN 1
+ http://tinyurl.com/Ramalan-Edisi-Bronze-F1-2012


PERCUBAAN NEGERI Matematik UPSR
+ http://tinyurl.com/maths-UPSR-Pahang-2010
+ http://tinyurl.com/maths-UPSR-Selangor-2010
+ http://tinyurl.com/maths-UPSR-Kelantan-2011
+ http://tinyurl.com/maths-UPSR-Johor-2011

PERCUBAAN NEGERI Sains UPSR
+ http://tinyurl.com/sains-UPSR-Sabah-2010
+ http://tinyurl.com/sains-UPSR-Sarawak-2010
+ http://tinyurl.com/sains-UPSR-Selangor-2010
+ http://tinyurl.com/sains-UPSR-Kedah-2011
+ http://tinyurl.com/sains-UPSR-Johor-2011

PERCUBAAN NEGERI B.Inggeris UPSR
+ http://tinyurl.com/BI-UPSR-Pahang-2010
+ http://tinyurl.com/BI-UPSR-Sarawak-2010
+ http://tinyurl.com/BI-UPSR-Selangor-2010
+ http://tinyurl.com/BI-UPSR-Kedah-2011
+ http://tinyurl.com/BI-UPSR-Johor-2011

PERCUBAAN NEGERI B.Malaysia UPSR
+ http://tinyurl.com/BM-UPSR-Pahang-2010
+ http://tinyurl.com/BM-UPSR-Sabah-2010
+ http://tinyurl.com/BM-UPSR-Sarawak-2010
+ http://tinyurl.com/BM-UPSR-Selangor-2010
+ http://tinyurl.com/BM-UPSR-Johor-2011

Modul Matematik Khas Untuk Pelajar Lemah
PROTIM MATHS TAHUN 6
+ http://tinyurl.com/PROTIM-Y6-2011
+ http://tinyurl.com/PROTIM-Y6-2012
+ http://tinyurl.com/PROTIM-Y6-2013
+ http://tinyurl.com/PROTIM-Y6-2014

Percubaan Matematik Tahun 5
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-Y5-2012
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-Y5-2013
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-Y5-2014
+ http://tinyurl.com/SK-Jalan-Muara-Tuang-Y5-2014
+ http://tinyurl.com/percubaan-B-Inggeris-Y5-2014
+ http://tinyurl.com/percubaan-sains-Y5-2014
+ http://tinyurl.com/percubaan-B-Malaysia-Y5-2014

Modul Matematik Khas Untuk Pelajar Lemah
PROTIM MATHS TAHUN 5
+ http://tinyurl.com/PROTIM-Y5-2011
+ http://tinyurl.com/PROTIM-Y5-2012
+ http://tinyurl.com/PROTIM-Y5-2013

Percubaan Matematik Tahun 4
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-2012
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-2013
+ http://tinyurl.com/percubaan-maths-2014
+ http://tinyurl.com/SK-Jalan-Muara-Tuang-2014
+ http://tinyurl.com/percubaan-P-Islam-2014
+ http://tinyurl.com/Percubaan-Rekabentuk-2014
+ http://tinyurl.com/perncubaan-sains-2014
+ http://tinyurl.com/ b-sejarah-2014

5/25/2015

KBAT dan Teknik Penyoalan

Teknik Penyoalan yang berkesan. Jom kita tengok bagaimana teknik penyoalan boleh membantu pembelajaran secara KBAT.

Teknik Penyoalan KBAT

Teknik penyoalan yang berkesan merangsang pembelajaran secara KBAT

Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat

Ciri-ciri soalan yang berkesan
1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)

Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam Kalangan Pelajar
1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan murid

Contoh Soalan Untuk  Menjelaskan Pemikiran
1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?
2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?
3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?
4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?
5. Bolehkah anda menunjukkan cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan
1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?
2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?
3. Apakah sebab-sebab anda ... ?
4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?
5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif
1. Bolehkah anda menyatakan pandangan anda dengan cara lain ... ?
2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?
3. Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan bahawa ... ?
4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat
1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ... ?
2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini ... ?
3. Apakah akibat sekiranya ... ?
4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?
5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar atau tidak?

Amalan baik untuk guru dalam menyoal
1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan

Semoga perkongsian ini memberikan guru input berguna dalam memperbaiki pdp ke arah lebih berunsurkan KBAT dengan cara menambahbaik dari segi teknik penyoalan. Selamat maju jaya!

4/06/2015

FALSAFAH MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kajian Tentang  Matematik Kehidupan.

1. Mengapa POSITIF didarab POSITIF hasilnya POSITIF ?

2. Mengapa NEGATIF didarab POSITIF atau sebaliknya POSITIF didarab NEGATIF hasilnya NEGATIF?

3. Mengapa NEGATIF didarab NEGATIF hasilnya POSITIF ?

Hikmahnya adalah:
(+) POSITIF = BENAR
(-) NEGATIF = SALAH

1. Mengatakan BENAR terhadap sesuatu hal yang BENAR adalah suatu tindakan yang BENAR.
Rumus matematikanya:
+ x + = +

2. Mengatakan BENAR terhadap sesuatu yang SALAH, atau sebaliknya mengatakan SALAH
terhadap sesuatu yang BENAR adalah suatu tindakan yang SALAH.
Rumus matematikanya:
+ x – = -
– x + = -

3. Mengatakan SALAH terhadap sesuatu yang SALAH adalah suatu tindakan yang BENAR.
Rumus matematikanya:
– x – = +

Pelajaran matematik ternyata penuh makna. Kebenarannya boleh kita ambil sebagai pelajaran hidup.

Untuk matematik pembagian, adalah sbb:
1 ÷ 1 = 1
1 ÷ 2 = 1/2
1 ÷ 10 = 1/10
1 ÷ 100 = 1/100
Sedangkan 1 ÷ 0 = ~ ( tak terhingga).

Maknanya adalah:
Kalau kita melakukan perbuatan baik seperti sedekah misalnya, kemudian kita mengharapkan balasan atas perbuatan itu, maka semakin kita banyak berharap hasilnya akan semakin kecil (1/100 dst).
Tetapi ketika kita melakukannya dengan ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu imbalan apapun atau 1 ÷ 0, maka hasilnya akan tak terhingga yang artinya Tuhan akan memberikan balasan atas keikhlasan kita dengan balasan yang tak terhingga..

3/26/2015

Hidup dan kamera

Kehidupan ini bagaikan sebuah kamera yang bakal merakan segala peristiwa.  Setiap cerita sedih dan kisah gembira adalah subjek utamanya. Jadikanlah setiap rakaman itu satu aset yang berharga. Pelajari kesedihan dan nikmatilah kegembiraan. Seandainya mampu, tukarkan setiap titik hitam kepada cahaya putih cemerlang.



3/09/2014


B O R G E N V I L L A

borgenvilla di halaman..
penyeri taman ketika di tangkai
sampah terbuang setelah di lantai...

EOS | f/5.6 | 1/40 sec | ISO 200 | Canon 18-55mm @ 18mm |


Setiap kembang melambangkan kecantikan yang tersendiri. Namun begitu, kecantikan tersebut hanya untuk tempoh yang amat sementara. Bunga hanya dipuja semasa masih berada di tangkai. Setelah masanya tiba, ia akan gugur juga. Setelah gugur ke lantai, adakah bunga yang sama akan dikutip dan dipuja juga sedangkan masih banyak lagi bunga indah yang masih mekar di tangkai yang segar?

Itu adalah cerminan kehidupan ini. Seseorang itu hanya dipuja semasa masih kelihatan hebat dan boleh diambil manafaat daripadanya... Setelah musim berlalu dan masa beredar, hanya segelintir sahaja yang masih dikenang... selebihnya bakal menjadi sampah yang terbuang... 

1/23/2014

Sekadar Bawang Putih.



Bawang putih merupakan salah satu herba wajib dalam masakan Melayu. Gulai dan lauk pauk akan terasa hambar tanpanya. Biarpun berwarna putih bersih, tetapi tetap mengeluarkan bau yang kurang enak. Biarpun menjadi keperluan ramai, tetap berbau busuk. Biarpun ada seribu kegunaannya, tetap sekadar hanya layak disorok di penjuru dapur.
Bawang putih atau Allium sativum   adalah cerminan dalam kehidupan seorang manusia. Adakalanya kita melihat seseorang itu terlalu bersih dan baik secara zahirnya, tetapi sebenarnya kita tertipu dengan licik tipu dayanya. Adakalanya kita berjumpa dengan seseorang yang begitu lunak tutur bicaranya, tetapi terselit niat tersirat yang terlalu busuk. Mereka biasanya menjadi pujaan ramai. Menjadi ikutan dan idola.


10/02/2013


Hidup ini adalah satu perjalanan panjang. 
Kutip dan hayatilah setiap kesempatan yang mendatang, 
Kenang dan hargailah setiap pahit manis yang ditempuh,
Bersyukurlah dan mari bersyukur... 
Sesungguhnya nikmat yang diberikan-Nya tak terhitung banyaknya.



1/04/2013

Pelajarilah sesuatu setiap hari.. Light Painting for low-key photography







Hidup ini adalah amanah untuk mengutip pengalaman dan amalan. Pelajarilah sesuatu biarpun sekadar sejengkal jari setiap hari. Setiap ilmu yang dipelajari pasti akan berguna untuk kelangsungan hidup ini.

12/18/2012

HIDUP INI SATU JALAN PANJANG.

Sesungguhnya kehidupan ini sememangnya satu perjalanan panjang. Banyak liku dan ranjau perlu kita tempuhi. Banyak bukit dan denai yang perlu kita lalui. Sebuah jambatan sekadar penghubung antara dua distinasi. Penghujung jambatan bukanlah titik noktah perjalanan. Lantaran itu, persiapkanlah bekal kerana perjalanan ini masih terlalu panjang.