INDAHNYA MATEMATIK

BANK SOALAN MATEMATIK TAHUN1, TAHUN 2, TAHUN 3, TAHUN 4, TAHUN 5, DAN TAHUN6








Mencari pemulaan juzuk Al Quran menggunakan rumus Matematik..

Salam Ramadhan ku hulurkan utk semua... setelah separuh dari Ramadhan kita lalui.. setelah saban malam kita tekuni kitap yg satu ini, pernahkah kita terfikir tentang muka surat setiap juzuk kitab ini bermula? Sebenarnya muka surat pertama setiap juzuk Al Quaran boleh dicari dengan rumus Matematik yg mudah iaitu (n-1)X20 + 2. nmewakili juzuk yg ingin dicari.



Sebagai contoh, juzuk ke 17.=
(17-1)X20 + 2
= 16X20 + 2
= 320 + 2
= 322
maka juzuk ke-17 bermula dari muka 322.
rumus ini juga boleh dipermudahkan lagi seperti berikut.
(n-1)X2 dan masukkan nombor 2 selepas nombor terakhir.
contohnya untuk mencari juzuk 19:
= (19-1)X2
= 18 X 2
= 36,
masukkan no 2 selepas no terakhir (6)
= 362

Rumus ini terpakai untuk 28 daripada 30 juzuk Al Quran. Hanya 2 juzuk istemewa yang tidak mematuhi rumus ini. Juzuk 7 bermula pada muka 121 (bukan 122) dan juzuk 11 pula bermula pada muka 201 (bukan 202). Soalnya kenapa hanya dua juzuk ini sahaja yg tidak mematuhi rumus tersebut?.
Bagi mereka yang biasa berada di dalam majlis tahlil, pasti biasa dengan angka-angka 7 dan 11 ini.. angka tersebut adalah pengulangan surah Al Ikhlas yg dibaca sebelum tahlil..
Itu hanya andai ku sahaja.. kepada rakan-rakan yang ada jawapan atau pendapat.. silalah kongsikan bersama..
Adakah Al Quran sememangnya disusun dengan menggunakan rumus tersebut ataupun ada sesuatu yang kita perlu fikirkan tentang kesesuaian rumus tersebut. Kepada rakan-rakan yang lebih arif tentang Al Quran dan penyusunannya.. kongsikanlah pengetahuan anda bersama di sini..
Adakah rumus ini hanya kebetulan atau sememangnya ketentuan...
Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan