7/30/2009

Ibu..... emak... aku rindu melihat matamu...

Dalam kesibukan kita dewasa ini... carilah sedetik waktu untuk merenung kembali sejarah kehidupan kita...
Kita tak dilahirkan ke dunia ini sedewasa ini...
Kita mengatur langkah dan tapak bersama sejuta cerita suka duka..
di samping seseorang yang amat menyayangi kita...
Renungkan sebentar sebelum kita melelapkan mata... sejarah setiap dari kita...


KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN
MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA
TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN
DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH
DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK
PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN
MENCONTENG DINDING.

BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN
BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK
DALAM LOPAK KOTOR.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE
SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT :
"TAK NAK! TAK NAK!"

APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA.
CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN
CERMIN TINGKAP JIRAN.

MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG
KELAS.

BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK
MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA
SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON
TELEVISYEN.

MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN
YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK
SESUAI ZAMAN SEKARANG.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT
UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS
SEPUCUK SURAT PUN.

BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN
RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA
APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA
BERSAMA KAWAN-KAWAN.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR
YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET
BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN
PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN
KAWAN-KAWAN.

BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA
TEMAN ISTIMEWA,KITA KATA, "? ITU BUKAN URUSAN IBU."

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN
PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU
JADI SEPERTI IBU."

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT
UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN
PADA KAWAN-KAWAN? . "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK
CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL
MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA
DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU,
TOOOOOLONGLAHHH? ."

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH
MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU
MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN
KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN
BERPINDAH JAUH.

PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT
DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH
BERKATA,"? ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN
MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA,
"KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN
MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI
KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN
KEPADA ANAK-ANAK.

DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU
MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN
AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU
MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,
INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA.. SAYANGILAH IBU KERANA
KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU.

7/04/2009

Memilih Pasangan

BOLEHKAH kita menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami boleh berubah menjadi seorang yang panas baran dan suka memukul sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati.
Ada juga situasi di mana seorang isteri bertukar menjadi selekeh sedangkan semasa bercinta, sering berdandan rapi.
Berikut disenaraikan beberapa aspek penting yang patut dipertimbangkan dalam memilih pasangan anda.
1. Pegangan agama
Pegangan agama merupakan perkara utama yang harus diambil berat. Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru.
Bagi isteri pula, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?
2. Menyayangi pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan sepenuh hati? Anda boleh menilainya dari sekarang. Si dia sentiasa bersama anda di kala anda susah dan senang. Si dia juga sentiasa risau jika anda pulang lewat dari kerja seorang diri. Jika ya. Si dia benar-benar adalah teman hidup anda.
3. Kesihatan
Adakah anda pasti tahap kesihatan masing-masing? Pastikan pilihan anda bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental?
Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup menghadapi risiko. Buatlah ujian HIV atau talasemia sebelum berkahwin. Pastikan anda tidak berahsia mengenai kesihatan anda pada pasangan anda.
4. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimana perbelanjaan keluarga patut dibahagikan.
Adakah suami menanggung 70 peratus manakala isteri 30 peratus atau masing-masing 50 peratus. Atau adakah suami sanggup menanggung 100 peratus perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga?
Mungkin ada di antara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang sebelum anda berkahwin.
5. Kerjaya dan cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi.
Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
6. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau adakah anda seorang yang panas baran manakala si dia juga begitu? Sesuaikah anda? Tepuk dada tanya selera.
7. Persefahaman
Persefahaman antara satu sama lain amat penting dalam institusi perkahwinan. Jika tiada persefahaman maka tiadalah kebahagiaan dalam berumah tangga.
8. Keperluan seksual
Maksud keperluan seksual adalah bolehkah pasangan anda memenuhi cita rasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah menarik minat anda dari segi fizikal dan seksual kerana keperluan batin adalah sebahagiaan daripada kehidupan berkahwin.