9/01/2009

Cerita Joran dan Ikan


Baru-baru ini ada sedikit kesempatan dan ruang untuk bernafas di luar lingkaran kehidupan biasa. Aku gunakan kesempatan itu untuk mengulangi kegemaran yang terlalu lama aku lupakan. Memancing…
Ku cari kedamaian di hujung joran yang bertopengkan umpan… Zalimkah aku?

Ku cari keseronokan atas kesengsaraan makhluk lain.. Tidak bertamadunkah aku?

Ku cari pengajaran dari satu kepura-puraan sang joran dan kedaifan sang ikan.


Pernahkah kita terfikir falsafah di sebalik joran dan ikan?

Bagaimakah keadaan joran tanpa umpan?

Adakah ia akan bernilai dan bermakna?

Adakah ikan yang sudi memandangnya apa lagi menjamah kail tajamnya?
Akukah yang zalim terhadap ikan atau sebenarnya bijak mengekplotasikan umpan?

Segalanya terletak kepada niat dan tujuan di hati masing-masing.


Pernahkah kita terfikir cerita menarik tentang ikan? Ikan yang tertipu oleh joranku itu tetap tawar isinya biarpun bertahun tinggal di air masin. Air masin yang menyelubungi seluruh kehidupannya tidak mampu mengubah isi badannya.


Bagaimana kita mengharungi kehidupan kita? Terlalu mudah kita menyalahkan persekitaran yang mencorakkan kita. Mungkin kita perlu mengubahsuaikan kehidupan ini agar selari dengan persekitaran… tetapi pada masa yang sama jati diri kita perlu dipertahankan. Biarpun kita berubah di sudut luaran.. tetapi dalaman kita tetap mengakui bahawa kita hanyalah hamba Allah, yang sentiasa berusaha untuk kekal sebagai hamba Allah.


Dalam mengharungi kehidupan ini, kita mungkin melakonkan watak joran yang bertopeng umpan atau watak ikan yang kekal tawar di air masin.


Kitalah yang menentukan pilihan kita. Iman itu tersimpan di hati dan berusahalah agar ia tersenyum..

1 komentar:

  1. joran itu pintar.. ikan itu berjati diri.. tetapi yang paling malang ialah umpan yang kau eksplotasikan tu...

    BalasHapus