9/18/2012

Nilai sebuah ikatan

Seringkali kita mengitkan ikatan dengan sesuatu yang menyeksakan. Ikatan dilambangkan dengan simpulan mati yang melemaskan, menekan dan menyekat kebebasan. Ikatan dikaitkan juga dengan rasa terkongkong, penindasan dan segala macam bentuk yang tidak menyeronokan.
Namun begitu, kerana ikatan jugalah sebuah layang-layang dapat terbang tinggi. Kerana ikatan jugalah sesuatu binaan menjadi kemas kan kukuh. Kerana ikatan jugalah sesebuah perjanjian lebih dihormati dan bermakna.
Ikatan perkahwinan adalah contoh ikatan yang mempunyai wajah yang berbeza. Bagi sesetengah individu, ikatan itu adalah lambang penghalang kebebasan, menyekat langkah dan membataskan pergerakan. Pada sisi lainnya pula, ikatan perkahwinan juga menghalang kita terjerumus ke lembah maksiat, menambah pahala setiap amalan, membenihkan kasih sayang yang tak terucap dan mencipta syurga ketenteraman di lubuk hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan