7/12/2012

Assalam buat semua..



Hidup ini ada kalanya terlalu rumit dan aneh untuk digambarkan dengan kata-kata. Sering kali sesuatu terjadi di luar jangkaan dan di luar batas kefahaman diri sendiri. Ada kalanya kemarau setahun dapat dilupakan hanya dengan hujan sehari dan ada kalanya juga hujan setahun terhapus dek kerana panas sehari. Lantaran itu, wahai diri, usahlah kau menghitung setiap jasa yang telah kau tabur atau setiap bakti yang kau semai. Sering kali terjadi tongkat dibuang setelah kegelapan menghilang. Usahlah kau kecewa jika setiap jasa tak dibalas atau dikenang. Anggaplah setiap apa yang telah kau lakukan adalah tanggungjawab mu. Berlapang dadalah atas setiap apa yang kau terima. Berusahalah agar diri mu kuat untuk terus menabur jasa. Setiap manusia ingin menjadi seseorang yang apabila ada, akan dirai; jika tiada, akan dicari; bila berkata, akan didengari dan apabila melakukan sesuatu, akan dicontohi. Namun begitu, usahlah kecewa jika itu bukanlah diri mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan