9/18/2012

Nilai sebuah ikatan

Seringkali kita mengitkan ikatan dengan sesuatu yang menyeksakan. Ikatan dilambangkan dengan simpulan mati yang melemaskan, menekan dan menyekat kebebasan. Ikatan dikaitkan juga dengan rasa terkongkong, penindasan dan segala macam bentuk yang tidak menyeronokan.
Namun begitu, kerana ikatan jugalah sebuah layang-layang dapat terbang tinggi. Kerana ikatan jugalah sesuatu binaan menjadi kemas kan kukuh. Kerana ikatan jugalah sesebuah perjanjian lebih dihormati dan bermakna.
Ikatan perkahwinan adalah contoh ikatan yang mempunyai wajah yang berbeza. Bagi sesetengah individu, ikatan itu adalah lambang penghalang kebebasan, menyekat langkah dan membataskan pergerakan. Pada sisi lainnya pula, ikatan perkahwinan juga menghalang kita terjerumus ke lembah maksiat, menambah pahala setiap amalan, membenihkan kasih sayang yang tak terucap dan mencipta syurga ketenteraman di lubuk hati.

8/23/2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Dengan nama-Mu yang Pengasih dan Penyayang. Syukur yang tak terhingga ku panjatkan pada Mu. Hari ini genaplah 45 tahun aku menghirup nafas atas ihsan Mu. Menerima nikmat dan rezeki yang tak terhitung banyaknya. Terima kasih Allah atas segal-galanya.


Hari lahir adalah hari merenung masa lalu dan menghitung baki hari yang tinggal. Setelah 45 tahun usia yang dipinjamkan-Nya telah aku gunakan, apakan sumbangan yang dapat aku banggakan?.. Setelah 45 tahun tempoh aku lalui, berapakah baki yang boleh aku gunakan lagi?..  perlukah aku bersikap hipokrit untuk menghibur hati sendiri...

Sehari usia kita meningkat.. bermakna sehari usia yang dipinjamkan telah pun dipulangkan kepada yang meminjamkannya.

Buat emak yang jauh di mata... terima kasih yang tak terhingga atas doa selama ini. Selama 45 tahun menumpang kasih di bawah tangan mu, sesungguhnya tak terbalas setiap titis susu yang menjadi darah dan daging. Tak terhitung setiap doa yang menjadi penyuluh hidup. Tak ternilai setiap kata nasihat yang menjadi azimat.

Terima kasih buat semua rakan yang telah mengirimkan ucap selamat dan doa. Sesungguhnya kalian mengingatkan aku tentang usia yang semakin senja.

Terima kasih buat anak-anak dan isteri yang tercinta. Sesungguhnya kalian mengingatkan aku tentang tanggung jawab yang belum selesai.

Terima kasih buat sejadah dan rehal. Sesungguhnya kalian mengingatkan aku tentang masa yang masih berbaki.

8/05/2012

Nasihat Ramadhan Buat Mustofa Bisri

Nasihat Ramadhan Buat Mustofa Bisri
(juga buat ku dan kita semua)
Mustofa, jujurlah pada dirimu sendiri.
Mengapa kau selalu mengatakan Ramadhan bulan ampunan?
Apakah hanya menirukan nabi
atau dosa-dosamu dan harapanmu yang berlebihanlah yang menggerakkan lidahmu begitu?
Mustofa, Ramadhan adalah bulan antara dirimu dan Tuhanmu.
Darimu hanya untukNya dan ia sendiri tak ada yang tahu
apa yang akan dianugerahkan kepadamu.
Semua yang khusus untukNya khusus untukmu.

Mustofa, Ramadan adalah bulan-Nya
yang Ia serahkan kepadamu
dan bulanmu serahkanlah semata-mata padaNya.
Bersucilah untuk-Nya.
Bersalatlah untuk-Nya.
Berpuasalah untuk-Nya.
Berjuanglah melawan dirimu sendiri untuk-Nya.
Sucikan kelaminmu, berpuasalah.
Sucikan tanganmu, berpuasalah.
Sucikan mulutmu, berpuasalah.
Sucikan hidungmu, berpuasalah.
Sucikan wajahmu, berpuasalah.
Sucikan matamu, berpuasalah.
Sucikan telingamu, berpuasalah.
Sucikan rambutmu, berpuasalah.
Sucikan kepalamu, berpuasalah.
Sucikan kakimu, berpuasalah.
Sucikan tubuhmu, berpuasalah.
Sucikan hatimu,
Sucikan fikiranmu, berpuasalah..
Sucikan dirimu.

Mustofa, bukan perut yang lapar, bukan tenggorokan yang kering
yang mengingatkan kedhaifan dan melembutkan hati.
Perut yang kosong dan tenggorokan yang kering
ternyata hanya perebut kesempatan yang tak sabar atau terpaksa.
Barangkali lebih sabar sedkit dari mata, tangan, kaki, dan kelamin
lebih tahan sedikit berpuasa.

Tapi hanya kau yang tahu hasrat dikekang untuk apa dan untuk siapa
Puasakan kelaminmu untuk memuasai ridho.
Puasakan tanganmu untuk menerima kurnia.
Puasakan mulutmu untuk merasai firman.
Puasakan hidungmu untuk menghirup wangi.
Puasakan wajahmu untuk menghadap keelokan.
Puasakan matamu untuk menatap cahaya.
Puasakan telingamu untuk menangkap merdu.
Puasakan rambutmu untuk menyerap belai.
Puasakan kepalamu untuk menekan sujud.
Puasakan kakimu untuk menapak sirat.
Puasakan tubuhmu untuk meresapi rahmat.
Puasakan hatimu untuk menikmati hakikat.
Puasakan fikiranmu untuk meyakini kebenaran.
Puasakan dirimu untuk menghayati hidup.

Tidak, puasakan hasratmu hanya untuk hadiratNya.
Mustofa, ramadhan bulan suci katamu.
Kau menirukan ucapan nabi atau kau telah merasakan sendiri kesuciannya melalui kesucianmu?
Tapi bukankah kau masih selalu menunda-nunda menyingkirkan kedengkian, keserakahan, ujub, riya, takabur, dan sampah-sampah lainnya yang mampat dari comberan hatimu?

Mustofa, inilah bulan baik saat baik untuk kerja bakti membersihkan hati.
Inilah bulan baik saat baik untuk merobohkan berhala dirimu
yang secara terang-terangan dan sembunyi-sembunyi kau puja selama ini.
Atau akan kau lewatkan lagi kesempatan ini seperti ramadhan-ramadhan yang lalu?


Puisi nukilan Mostofa Bisri ( Gus Dur )
Sya’ban 1413 H





8/01/2012

6 CIRI ILMU YANG BERMANFAAT.



Syeikh Imam Ghazali menyebut dalam kitab Bidayatul Hidayah terdapat 6 ciri ilmu bermanfaat.


1) Ilmu itu menambahkan takut akan dirimu kepada ALLAH

2) Ilmu itu menambah penglihatanmu akan keaiban dirimu

3) Ilmu itu menambah makrifatmu dalam beribadah (keseronokan dlm beribadah)

4) Ilmu itu menambahkan kecintaanmu terhadap akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia.

5) Ilmu itu membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalmu sehingga engkau dapat menjauhinya.

6) Ilmu itu menambahkan penglihatanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan tipu helahnya ketika dia menyesatkan ulama'

Dipetik daripada dsj@blalang_group

7/12/2012

Assalam buat semua..



Hidup ini ada kalanya terlalu rumit dan aneh untuk digambarkan dengan kata-kata. Sering kali sesuatu terjadi di luar jangkaan dan di luar batas kefahaman diri sendiri. Ada kalanya kemarau setahun dapat dilupakan hanya dengan hujan sehari dan ada kalanya juga hujan setahun terhapus dek kerana panas sehari. Lantaran itu, wahai diri, usahlah kau menghitung setiap jasa yang telah kau tabur atau setiap bakti yang kau semai. Sering kali terjadi tongkat dibuang setelah kegelapan menghilang. Usahlah kau kecewa jika setiap jasa tak dibalas atau dikenang. Anggaplah setiap apa yang telah kau lakukan adalah tanggungjawab mu. Berlapang dadalah atas setiap apa yang kau terima. Berusahalah agar diri mu kuat untuk terus menabur jasa. Setiap manusia ingin menjadi seseorang yang apabila ada, akan dirai; jika tiada, akan dicari; bila berkata, akan didengari dan apabila melakukan sesuatu, akan dicontohi. Namun begitu, usahlah kecewa jika itu bukanlah diri mu.

1/17/2012

Pautan-pautan penting bagi seorang guru:

Bagi menyemak data peribadi dalam sistem EMIS
http://emisonline.moe.gov.my/index.php

Bagi menyemak dan mengemaskini data latihan dan bahan bacaan guru:
http://apps1.moe.gov.my/splg/

Bagi menyemak dan mengemaskini data peribadi dan perkhidmatan di dalam HRMIS ( SANGAT PENTING UNTUK SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN )
https://hrmisone.eghrmis.gov.my/

Bagi mengemaskini dan menyemak data Penarafan Sekolah:
http://www.moe.gov.my/enazir/index.php

Bagi mengemaskini dan menyemak data Penarafan Sekolah (NKRA 2010):
http://nkra.moe.gov.my/index.php

Bagi mengemaskini Instrumen Standard Guru Malaysia:
http://apps1.moe.gov.my/sgm/

Bagi mendapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi KSSR ( Tahun 1 dan Tahun 2 )
http://www.kssronline.com/p/lesson-plan.html

Bagi mendapatkan maklumat terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
http://www.moe.gov.my/index.php?id=1&lang=my

Bagi mempelajari sesuatu tentang Photoshop
http://blog.balootisme.com/tutorial/50-tutorial-untuk-belajar-adobe-photoshop-menggunakan-text-effects-text-dan-layer-tools/

10/24/2011

Rumah Kecil Di Tengah Bendang


Rumah kecil di tengah bendang,
Tempat orang main rebana;
Biar kecil, sedap dipandang,
Syurga kami di alam fana.

Belasungkawa Kematian

Salam untuk semua..
Dalam kehidupan ini, setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang berjalan akan berhenti, setiap yang ada pasti akan binasa dan setiap yang hidup pasti akan menemui titik akhir.. MATI.
Kematian adalah pasti.. tidak mungkin kita dapat lari daripadanya. Mungkin hari ini kita menghantarkan saudara kita ke liang lahad. Kita bekalkan mereka dengan Fatihah dan Yaa Sin. Kita temankan mereka dengan doa dan harapan indah. Kita pohonkan untuk mereka kerahmatan dan kasih sayang Allah. Kita merayu pada Allah agar rohnya diterima sebagai hamba-Nya yang beriman.Kita simpan kenangan dengan mereka sepanjang hidup kita dalam lipatan memori indah kita. Kita rakamkan segala kebaikan mereka terhadap kita. Kita kenangkan segala jasa mereka pada kita.
Bagaimanakah agaknya jika kita lihat yang dihantar ke pusara itu adalah kta sendiri? Jasad yang terbiar di liang lahad itu adalah jasad kita sendiri? Talkin yang dibacakan itu adalah untuk kita sendiri? Adakah telah cukup bersedia kita untuk detik pasti itu?
Sejauh ini kita diberi peluang untuk berjalan di muka bumi yang dipinjamkan ini, sebanyak manakah bekal telah kita kumpul? Selama mana masa yang telah kita dibenarkan untuk bernafas, sebanyak mana bakti yang telah kita tabur? Setiap nikmat yang kita telah kecapi, sebanyak manakah kita lontarkan rasa syukur?.. Sejuta pertanyaan yang memerlukan jawapan ikhlas. Kita paling mengetahui setiap amal dan maksiat yang kita cipta.
Ayuh sayang.. bertaubatlah sementara sempat. Berhentilah dari hidup dalam angan-angan yang tak sudah. Kita semakin hampir di hujung garisan. Berhentilah sebelum terlambat.

8/15/2011

Mencari pemulaan juzuk Al Quran menggunakan rumus Matematik..

Salam Ramadhan ku hulurkan utk semua... setelah separuh dari Ramadhan kita lalui.. setelah saban malam kita tekuni kitap yg satu ini, pernahkah kita terfikir tentang muka surat setiap juzuk kitab ini bermula? Sebenarnya muka surat pertama setiap juzuk Al Quaran boleh dicari dengan rumus Matematik yg mudah iaitu (n-1)X20 + 2. n mewakili juzuk yg ingin dicari.
Sebagai contoh, juzuk ke 17.=
(17-1)X20 + 2
= 16X20 + 2
= 320 + 2
= 322
maka juzuk ke-17 bermula dari muka 322.
rumus ini juga boleh dipermudahkan lagi seperti berikut.
(n-1)X2 dan masukkan nombor 2 selepas nombor terakhir.
contohnya untuk mencari juzuk 19:
= (19-1)X2
= 18 X 2
= 36,
masukkan no 2 selepas no terakhir (6)
= 362

Rumus ini terpakai untuk 28 daripada 30 juzuk Al Quran. Hanya 2 juzuk istemewa yang tidak mematuhi rumus ini. Juzuk 7 bermula pada muka 121 (bukan 122) dan juzuk 11 pula bermula pada muka 201 (bukan 202). Soalnya kenapa hanya dua juzuk ini sahaja yg tidak mematuhi rumus tersebut?.
Bagi mereka yang biasa berada di dalam majlis tahlil, pasti biasa dengan angka-angka 7 dan 11 ini.. angka tersebut adalah pengulangan surah Al Ikhlas yg dibaca sebelum tahlil..
Itu hanya andai ku sahaja.. kepada rakan-rakan yang ada jawapan atau pendapat.. silalah kongsikan bersama..
Adakah Al Quran sememangnya disusun dengan menggunakan rumus tersebut ataupun ada sesuatu yang kita perlu fikirkan tentang kesesuaian rumus tersebut. Kepada rakan-rakan yang lebih arif tentang Al Quran dan penyusunannya.. kongsikanlah pengetahuan anda bersama di sini..
Adakah rumus ini hanya kebetulan atau sememangnya ketentuan...
Wassalam..

8/08/2011

Abang..., tunggu mak di syurga ya....

Hari ini hati ini terusik mambaca email yg masuk ke inbox.. Ramdhan yg masih muda ini membuat hati mudah tersentuh.. Haytilah kisah ini dan bayangkan kita berada di tempat "mak".. mampukah kita menanggung ujian sehebat ini sedangkan menahan air mata yg tergenang pun kita tak mampu... ku kongsikan kisah ini bersama...

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang ke rumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa hari ini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.



8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaannya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentok semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapannya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segala-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor menjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)