9/01/2009

Cerita Joran dan Ikan


Baru-baru ini ada sedikit kesempatan dan ruang untuk bernafas di luar lingkaran kehidupan biasa. Aku gunakan kesempatan itu untuk mengulangi kegemaran yang terlalu lama aku lupakan. Memancing…
Ku cari kedamaian di hujung joran yang bertopengkan umpan… Zalimkah aku?

Ku cari keseronokan atas kesengsaraan makhluk lain.. Tidak bertamadunkah aku?

Ku cari pengajaran dari satu kepura-puraan sang joran dan kedaifan sang ikan.


Pernahkah kita terfikir falsafah di sebalik joran dan ikan?

Bagaimakah keadaan joran tanpa umpan?

Adakah ia akan bernilai dan bermakna?

Adakah ikan yang sudi memandangnya apa lagi menjamah kail tajamnya?
Akukah yang zalim terhadap ikan atau sebenarnya bijak mengekplotasikan umpan?

Segalanya terletak kepada niat dan tujuan di hati masing-masing.


Pernahkah kita terfikir cerita menarik tentang ikan? Ikan yang tertipu oleh joranku itu tetap tawar isinya biarpun bertahun tinggal di air masin. Air masin yang menyelubungi seluruh kehidupannya tidak mampu mengubah isi badannya.


Bagaimana kita mengharungi kehidupan kita? Terlalu mudah kita menyalahkan persekitaran yang mencorakkan kita. Mungkin kita perlu mengubahsuaikan kehidupan ini agar selari dengan persekitaran… tetapi pada masa yang sama jati diri kita perlu dipertahankan. Biarpun kita berubah di sudut luaran.. tetapi dalaman kita tetap mengakui bahawa kita hanyalah hamba Allah, yang sentiasa berusaha untuk kekal sebagai hamba Allah.


Dalam mengharungi kehidupan ini, kita mungkin melakonkan watak joran yang bertopeng umpan atau watak ikan yang kekal tawar di air masin.


Kitalah yang menentukan pilihan kita. Iman itu tersimpan di hati dan berusahalah agar ia tersenyum..

8/18/2009

Terlalu banyak yang perlu dibuat..

Salam untuk alam... salam untuk semua...

Agak lama blog ini tidak dijengah tetamu .. termasuk penulisnya sendiri..
kalau rumah... mungkin sudah bersawang kalau tak menyembah bumi pun..
Seminggu ni.. fikiran berserabut sungguh.. anak-anak murid macam tak bersedia untuk peperiksaan... kerja-kerja data macam tak ada kesudahan.. pengubahsuaian rumah masih tak nampak kesan.. tukang rumahpun macam ambil kesempatan.. nak tukar kereta pun masih banyak halangan..

Kadang kala kita terfikir... kenapalah hidup kita tak semudah dan seindah orang lain... kenapalah kita diuji lebih berbanding orang lain... kenapalah kita perlu mendaki bukit bila orang lain berjalan di tanah rata.. kenapalah kita terpaksa mendaki gunung bila orang lain sekadar melangkah busut...

Segalanya adalah atas ketentuan-Nya...
kita selaku hamba yang setia dan taat... seharusnya sedar bahawa Dia tak pernah berlaku zalim..
jauh di sana Dia telah mengatur yang terbaik untuk kita... cuma kita yang tak sedar dan terlalu banyak meminta.. Pemberian ujian-Nya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. selalulah memujuk hati bahawa "apa yang terjadi adalah takdir terbaik untuk kita"..

8/10/2009

" AIR SEMBAHYANG "

Saban hari kita melakukan ibadah yang satu ini.
Alangkah indahnya jika ibadah yang indah itu kita perindahkan lagi dengan sedikit doa kudus ketika melakukannya.
Siapa tahu, dengan doa yang sependek ini.... hidup kita lebih bahagia ketika di sana nanti..


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakapbenda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kita,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar, matahari seolah-olah hanya sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasititian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu. sampaikan pesanan ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah.

7/30/2009

Ibu..... emak... aku rindu melihat matamu...

Dalam kesibukan kita dewasa ini... carilah sedetik waktu untuk merenung kembali sejarah kehidupan kita...
Kita tak dilahirkan ke dunia ini sedewasa ini...
Kita mengatur langkah dan tapak bersama sejuta cerita suka duka..
di samping seseorang yang amat menyayangi kita...
Renungkan sebentar sebelum kita melelapkan mata... sejarah setiap dari kita...


•
KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN
MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

• APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA
TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

• MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN
DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH
DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

• KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK
PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN
MENCONTENG DINDING.

• BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN
BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK
DALAM LOPAK KOTOR.

• SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE
SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT :
"TAK NAK! TAK NAK!"

• APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA.
CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN
CERMIN TINGKAP JIRAN.

• MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

• KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG
KELAS.

• BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK
MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

• APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA
SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON
TELEVISYEN.

• MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN
YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK
SESUAI ZAMAN SEKARANG.

• KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT
UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS
SEPUCUK SURAT PUN.

• BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN
RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

• MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA
APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA
BERSAMA KAWAN-KAWAN.

• KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR
YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET
BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN
PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN
KAWAN-KAWAN.

• BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA
TEMAN ISTIMEWA,KITA KATA, "? ITU BUKAN URUSAN IBU."

• SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN
PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU
JADI SEPERTI IBU."

• APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT
UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN
PADA KAWAN-KAWAN? . "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK
CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

• MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL
MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA
DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU,
TOOOOOLONGLAHHH? ."

• KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH
MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU
MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN
KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN
BERPINDAH JAUH.

• PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT
DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH
BERKATA,"? ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

• KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN
MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA,
"KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

• APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN
MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI
KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN
KEPADA ANAK-ANAK.

• DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU
MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN
AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU
MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,
INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA.. SAYANGILAH IBU KERANA
KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU.

7/04/2009

Memilih Pasangan

BOLEHKAH kita menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami boleh berubah menjadi seorang yang panas baran dan suka memukul sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati.
Ada juga situasi di mana seorang isteri bertukar menjadi selekeh sedangkan semasa bercinta, sering berdandan rapi.
Berikut disenaraikan beberapa aspek penting yang patut dipertimbangkan dalam memilih pasangan anda.
1. Pegangan agama
Pegangan agama merupakan perkara utama yang harus diambil berat. Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru.
Bagi isteri pula, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?
2. Menyayangi pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan sepenuh hati? Anda boleh menilainya dari sekarang. Si dia sentiasa bersama anda di kala anda susah dan senang. Si dia juga sentiasa risau jika anda pulang lewat dari kerja seorang diri. Jika ya. Si dia benar-benar adalah teman hidup anda.
3. Kesihatan
Adakah anda pasti tahap kesihatan masing-masing? Pastikan pilihan anda bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental?
Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup menghadapi risiko. Buatlah ujian HIV atau talasemia sebelum berkahwin. Pastikan anda tidak berahsia mengenai kesihatan anda pada pasangan anda.
4. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimana perbelanjaan keluarga patut dibahagikan.
Adakah suami menanggung 70 peratus manakala isteri 30 peratus atau masing-masing 50 peratus. Atau adakah suami sanggup menanggung 100 peratus perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga?
Mungkin ada di antara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang sebelum anda berkahwin.
5. Kerjaya dan cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi.
Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
6. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau adakah anda seorang yang panas baran manakala si dia juga begitu? Sesuaikah anda? Tepuk dada tanya selera.
7. Persefahaman
Persefahaman antara satu sama lain amat penting dalam institusi perkahwinan. Jika tiada persefahaman maka tiadalah kebahagiaan dalam berumah tangga.
8. Keperluan seksual
Maksud keperluan seksual adalah bolehkah pasangan anda memenuhi cita rasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah menarik minat anda dari segi fizikal dan seksual kerana keperluan batin adalah sebahagiaan daripada kehidupan berkahwin.

6/30/2009

Hidup dan kehidupan..

Hari ini ada sedikit ruang untuk bernafas.. setelah dua minggu duduk di hotel kerana berkursus.. Nampak seglanya mewah dan terurus.. tetapi hakikatnya kitalah yang perlu mengurus kehidupan kita untuk membeli kebahagian.
Minggu pertama memulakan tugas bagi sesi kedua tahun ini disambut dengan deretan kerja dan beban tugas yang "menyeronokkan". Banyak masalah yang perlu ditangani menunjukkan kita masih dihargai... Banyaknya beban yang perlu digalas menunjukkan kita masih diperlukan... Banyaknya tugas yang terikat menunjukkan kita masih hidup dan perlu melakonkan watak "hidup" itu sendiri..
Tidak perlu mengeluh jika kita terbeban dengan hidup ini... beban itu sendiri yang menjadikan kita ini masih perlu untuk diberi pinjam kehidupan ini.
Buat semua yang terbaca catatan ini... ayuh tersenyum... tersenyumlah mari tersenyum... hari ini milik kita... gunaknlah hari ini sebaik mungkin sebelum kita dipertanggungjawabkan atas hari esok...

5/19/2009

5/14/2009

Sajak Guru Oh Guru

Entah bila.. entah di mana.. aku pernah terdengar atau terbaca sajak yang cukup unik ini... Hari ini aku cuba deklamasikan semula sajak ini... Ternyata terlalu indah dan mengkagumkan semua... Tapi aku deklamasi dalam hati aja...
Cuba kita hayati dan fahami kata keramat tanpa suara ini...


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Usman Awang
1979

4/28/2009

Percutian Keluarga Di Batu Buruk





Dalam kehidupan ini.. terlalu banyak mata tangga yang mencabar perlu kita daki...
setiap mata tangga itu menyukarkan.. tetapi mengangkat kita satu tingkat lebih tinggi dari sebelumnya..
beruntunglah mereka yang berjaya sampai ke puncak pendakian..




Tersenyumlah... mari tersenyum... hari ini milik kita...
nampaknya mendung segera lewat...
matahari bersinar...
semuanya telah dirancang ...
untuk menyambut kita...
tersenyumlah.. mari tersenyum..
hari ini milik kita...






manusia yang paling beruntung di muka bumi ini ialah mereka yang tidak perlu berfikir untuk esok...
sesungguhnya.. esok pasti menjelang tiba walaupun kita tidak sempat memikirkan persiapan untuknya... seringkali kita menjadi takut untuk menghadapi esok sedangkan kebahagian telah disediakan untuk kita...
ketakutan hari ini sebenarnya telah membunuh sebahagian dari keseronokan hari esok ...





membesarlah anak ...
membesarlah dengan kehendakmu...
membesarlah dengan angin yang berhembus suci...
membesarlah dengan air yang mengalir jernih...
membesarlah dengan nanyian suci dari hati seorang ayah...

Pernikahan ini...

Pernikahan... Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat di mana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid. Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu".
J I K A........
Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....Karena ia akan sakit olehkarena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat... ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......
cukuplah sekadar keperluanmu. .....Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menampalnya semula......Akhirnya ia dibuang..... .Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.... .
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... .
Anggaplah ia manusia biasa.Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.... .
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....yang pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain....Terlalu ingin mengejar kelezatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....yang membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu. Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah, cuba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya .....dan menyesal sudah tiada gunanya.