7/30/2009

Ibu..... emak... aku rindu melihat matamu...

Dalam kesibukan kita dewasa ini... carilah sedetik waktu untuk merenung kembali sejarah kehidupan kita...
Kita tak dilahirkan ke dunia ini sedewasa ini...
Kita mengatur langkah dan tapak bersama sejuta cerita suka duka..
di samping seseorang yang amat menyayangi kita...
Renungkan sebentar sebelum kita melelapkan mata... sejarah setiap dari kita...


•
KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN
MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

• APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA
TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

• MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN
DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH
DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

• KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK
PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN
MENCONTENG DINDING.

• BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN
BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK
DALAM LOPAK KOTOR.

• SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE
SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT :
"TAK NAK! TAK NAK!"

• APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA.
CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN
CERMIN TINGKAP JIRAN.

• MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

• KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG
KELAS.

• BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK
MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

• APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA
SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON
TELEVISYEN.

• MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN
YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK
SESUAI ZAMAN SEKARANG.

• KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT
UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS
SEPUCUK SURAT PUN.

• BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN
RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

• MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA
APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA
BERSAMA KAWAN-KAWAN.

• KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR
YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET
BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN
PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN
KAWAN-KAWAN.

• BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA
TEMAN ISTIMEWA,KITA KATA, "? ITU BUKAN URUSAN IBU."

• SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN
PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU
JADI SEPERTI IBU."

• APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT
UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN
PADA KAWAN-KAWAN? . "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK
CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

• MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL
MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA
DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU,
TOOOOOLONGLAHHH? ."

• KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH
MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU
MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN
KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN
BERPINDAH JAUH.

• PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT
DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH
BERKATA,"? ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

• KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN
MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA,
"KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

• APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN
MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI
KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN
KEPADA ANAK-ANAK.

• DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU
MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN
AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU
MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,
INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA.. SAYANGILAH IBU KERANA
KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU.

7/04/2009

Memilih Pasangan

BOLEHKAH kita menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami boleh berubah menjadi seorang yang panas baran dan suka memukul sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati.
Ada juga situasi di mana seorang isteri bertukar menjadi selekeh sedangkan semasa bercinta, sering berdandan rapi.
Berikut disenaraikan beberapa aspek penting yang patut dipertimbangkan dalam memilih pasangan anda.
1. Pegangan agama
Pegangan agama merupakan perkara utama yang harus diambil berat. Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru.
Bagi isteri pula, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?
2. Menyayangi pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan sepenuh hati? Anda boleh menilainya dari sekarang. Si dia sentiasa bersama anda di kala anda susah dan senang. Si dia juga sentiasa risau jika anda pulang lewat dari kerja seorang diri. Jika ya. Si dia benar-benar adalah teman hidup anda.
3. Kesihatan
Adakah anda pasti tahap kesihatan masing-masing? Pastikan pilihan anda bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental?
Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup menghadapi risiko. Buatlah ujian HIV atau talasemia sebelum berkahwin. Pastikan anda tidak berahsia mengenai kesihatan anda pada pasangan anda.
4. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimana perbelanjaan keluarga patut dibahagikan.
Adakah suami menanggung 70 peratus manakala isteri 30 peratus atau masing-masing 50 peratus. Atau adakah suami sanggup menanggung 100 peratus perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga?
Mungkin ada di antara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang sebelum anda berkahwin.
5. Kerjaya dan cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi.
Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
6. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau adakah anda seorang yang panas baran manakala si dia juga begitu? Sesuaikah anda? Tepuk dada tanya selera.
7. Persefahaman
Persefahaman antara satu sama lain amat penting dalam institusi perkahwinan. Jika tiada persefahaman maka tiadalah kebahagiaan dalam berumah tangga.
8. Keperluan seksual
Maksud keperluan seksual adalah bolehkah pasangan anda memenuhi cita rasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah menarik minat anda dari segi fizikal dan seksual kerana keperluan batin adalah sebahagiaan daripada kehidupan berkahwin.

6/30/2009

Hidup dan kehidupan..

Hari ini ada sedikit ruang untuk bernafas.. setelah dua minggu duduk di hotel kerana berkursus.. Nampak seglanya mewah dan terurus.. tetapi hakikatnya kitalah yang perlu mengurus kehidupan kita untuk membeli kebahagian.
Minggu pertama memulakan tugas bagi sesi kedua tahun ini disambut dengan deretan kerja dan beban tugas yang "menyeronokkan". Banyak masalah yang perlu ditangani menunjukkan kita masih dihargai... Banyaknya beban yang perlu digalas menunjukkan kita masih diperlukan... Banyaknya tugas yang terikat menunjukkan kita masih hidup dan perlu melakonkan watak "hidup" itu sendiri..
Tidak perlu mengeluh jika kita terbeban dengan hidup ini... beban itu sendiri yang menjadikan kita ini masih perlu untuk diberi pinjam kehidupan ini.
Buat semua yang terbaca catatan ini... ayuh tersenyum... tersenyumlah mari tersenyum... hari ini milik kita... gunaknlah hari ini sebaik mungkin sebelum kita dipertanggungjawabkan atas hari esok...

5/19/2009

5/14/2009

Sajak Guru Oh Guru

Entah bila.. entah di mana.. aku pernah terdengar atau terbaca sajak yang cukup unik ini... Hari ini aku cuba deklamasikan semula sajak ini... Ternyata terlalu indah dan mengkagumkan semua... Tapi aku deklamasi dalam hati aja...
Cuba kita hayati dan fahami kata keramat tanpa suara ini...


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Usman Awang
1979

4/28/2009

Percutian Keluarga Di Batu Buruk





Dalam kehidupan ini.. terlalu banyak mata tangga yang mencabar perlu kita daki...
setiap mata tangga itu menyukarkan.. tetapi mengangkat kita satu tingkat lebih tinggi dari sebelumnya..
beruntunglah mereka yang berjaya sampai ke puncak pendakian..




Tersenyumlah... mari tersenyum... hari ini milik kita...
nampaknya mendung segera lewat...
matahari bersinar...
semuanya telah dirancang ...
untuk menyambut kita...
tersenyumlah.. mari tersenyum..
hari ini milik kita...






manusia yang paling beruntung di muka bumi ini ialah mereka yang tidak perlu berfikir untuk esok...
sesungguhnya.. esok pasti menjelang tiba walaupun kita tidak sempat memikirkan persiapan untuknya... seringkali kita menjadi takut untuk menghadapi esok sedangkan kebahagian telah disediakan untuk kita...
ketakutan hari ini sebenarnya telah membunuh sebahagian dari keseronokan hari esok ...





membesarlah anak ...
membesarlah dengan kehendakmu...
membesarlah dengan angin yang berhembus suci...
membesarlah dengan air yang mengalir jernih...
membesarlah dengan nanyian suci dari hati seorang ayah...

Pernikahan ini...

Pernikahan... Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat di mana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid. Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu".
J I K A........
Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....Karena ia akan sakit olehkarena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat... ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......
cukuplah sekadar keperluanmu. .....Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menampalnya semula......Akhirnya ia dibuang..... .Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.... .
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... .
Anggaplah ia manusia biasa.Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.... .
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....yang pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain....Terlalu ingin mengejar kelezatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....yang membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu. Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah, cuba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya .....dan menyesal sudah tiada gunanya.

7/28/2008

Lakukanlah sesuatu ...

Pernahkah anda terfikir apakah yang mampu kita lakukan ketika sedang dalam kebosanan. Kebosanan sebenarnya terjadi apa bila ruang fikir dalam minda kita kosong tanpa perencanaan yang menarik. Lantaran itu, kita yang dibekalkaan dengan kekuatan minda seharusnya mampu mengawal aliran minda kita.
sesaat dalam kebosanan... fikirkan sejenak apa akan terjadi sebentar lagi... fikirkan apakah kita mampu menjadikan apaa yang bakal berlaku sebentar lagi lebih menarik lagi? Jika kita ingin menjadikannya lebih menarik, fikirkan kaedahnya...

6/17/2008

Buah Hati

ada kalanya kita terlupa bahawa cinta sentiasa tak mengenal usia...
ada kalanya ccinta paling bersih adalaah dari hati yang belum tercemar...
bercintalah sepenuhnya dan pastikan kesuciannya...

5/08/2008

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...


AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA... LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan. - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions). - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya AMIN. Surah Al-Munaafiquun : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang limawaktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi. Ayat : 9 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. Ayat : 11 Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan: Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib? Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malangbila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.... Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah... Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.